Assalamualaikum and selamat pagi...
Life is awesome. Really? huh, sometime ( pedulikan grammar salah ke betul. ada aku kesah ).
Kenapa mesti ada ujian? Kenapa mesti ada dugaan dan cabaran? Some say that means God wanna test our faith. Also, it will make us tabah dan cekal menghadapi cabaran yang akan datang. Really? ( again, abaikan grammar )
The question is, what is the relation between God and cabaran and dugaan? Adakah ianya sudah memang ditentukan ( takdir ) untuk kita? Atau hanyalah mainan duniawi?
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.”
Pernah dengar tak? Sumber asal, H.R. Bukhari, tapi baru je aku amik dari blog mane entah. Okay fine, the point is, dari ayat ni kita boleh nampak dier punye double meaning, which is ujian dan dugaan datang daripada Allah.
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
Okay, now we can conclude that ujian and also dugaan memang datang dari Allah (tak payah terangkan, korang pun tau).
Dan persoalan yang sebenar - benarnye,
" Kenapa Allah turunkan dugaan kepada kita".
1. Tabah
Allah tidak akan menurunkan ujian dan dugaan melainkan apa yang sesuai dengan kemampuan kita. Allah tidaklah kejam, malahan dengan dugaan inilah kita akan menjadi lebih tabah and cekal. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan berfikir positif, nescaya pasti akan ada hikmahnya.
2. Sayang
Kasih sayang Allah tiada batasnya, melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya, kasih sayang jutawan Bill Gates kepada hartanya. Pernah baca tak kisah yang bile seorang manusia itu sakit, akan datang kepadanya empat malaikat dimana tiga daripadanya akan menarik nikmat manakala satu lagi akan menarik dosa? And in the end, bila orang tu dah sembuh, ketiga - tiga nikmat tersebut akan dikembalikan tetapi dosanya tidak dikembalikan, dan dicampakkan ke dalam laut. Sama macam kes ini, sakit pun kira satu ujian. Dosa akan ditolak sebagai kifarah dan ganjaran akan diberikan kepada mereka yang sabar.
3. Redha
Di sini, Allah ingin melihat adakah kita redha dengan segala ujian dan dugaan yang diberi. Ni tak, baru kene sikit, kene dump, bini lari, result exam teruk ke hape da gabra, lost, nak bunuh diri( chermin? HAHA). Daripada buat benda - benda merapu macam tu, better kita redha and muhasabah diri kita, adakah ianya berpunca dari diri sendiri? Dengan redha dan doa yang tidak putus - putus (istiqamah), Inshallah everything will be fine.
Segalanya yang baik datang daripada Allah, yang buruk datangnya dari diri sendiri.
Aku dah lupe ape original quote ni tapi lebih kurang camni la jugak.
Ingatlah, Allah yang menurunkan ujian dan seeloknya hanya Dialah tempat mengadu dan berdoa.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
Thank you Allah. =)
No comments:
Post a Comment